@@@ KALAU KETAWA , KAMI kenduri @@@
Dua orang pemburu telah
tersesat di dalam hutan. Mereka meredah hutan dan belukar itu
tetapi yang peliknya mereka sampai di tempat yang sama .
Pemburu pertama sudah seperti putus harapan . Pemburu kedua segera
memberikan semangat, “ jangan cepat berputus asa . Kita berehat sekejap
kemudian cari semula jalan keluar .”
Sesudah berehat seketika dan menghabiskan makanan
mereka yang terakhir , mereka pun bangun dan memulakan perjalanan semula . Kali
ini mereka tersesat lebih jauh lagi.
“ Pelik betul hutan ini.” Kata
pemburu kedua dengan marah – marah . Pemburu pertama menenangkan, “ Sabarlah.
Kita akan menemui juga jalan keluar.” Mereka tidak putus asa dan meneruskan
perjalanan mencari jalan keluar . Tetapi semakin mereka berjalan , semakin jauh
mereka tersesat .
Akhirnya, hari semakin larut petang
. Mereka semakin kepenatan dan akhirnya tertidur di bawah pokok meranti . Agak lama mereka
tertidur . Hari sudah senja , mereka terjaga kerana terdengar bunyi bising
orang bercakap. “ Kita selamat.” Kata pemburu pertama.
Tapi , muncullah di depan mereka manusia – manusia tegap tidak
berbaju, lengkap dengan bersenjatakan panah. Wajah mereka Nampak ganas. Nak
kata orang asli, bukan orang asli. Satu bangsa jenis pemakan manusia.
Kedua – dua pemburu diikat dan
diseret ke perkampungan mereka di dalam
hutan yang tebal itu. Selepas itu mereka dikurung .
Keesokan pagi, mereka berdua dibawa
ke hadapan penghulu. Yang peliknya, penghulu itu boleh bertutur dalam bahasa melayu.
“ Kenapa kamu menceroboh kawasan aku ?” dia bertanya dengan bengis.
“ Kami tersesat .” jawab pemburu
pertama
“ Sesat ? Bohong ! Tak ada orang
tersesat begini jauh . Kamu pengintip?” penghulu itu berkata dengan suara yang
kasar.
“ Betul. Kami tersesat.”
“ Hukuman untuk pengintip ialah mati. Kami akan makan kamu. “
kata penghulu sambil terliur sedikit.
Dengan serta – merta wajah kedua –
dua pemburu itu pucat lesi. Badan mereka
menggigil.
“ Tolonglah...... kami tak bersalah.
Kami tersesat .” rayu pemburu pertama.
Penghulu itu diam seketika, merenung
pemburu – pemburu itu atas bawah.
“ Buka ikatan mereka .” perintah
penghulu itu . Ikatan mereka pun dibuka. “ aku boleh lepaskan kamu tapi dengan
syarat . Kalau kamu tak dapat memenuhi syarat ini, kami akan mengadakan
kenduri, lauknya ialah kamu . Syaratnya mudah , kamu mestilah mencari Sembilan
biji buah yang sama .......
Belum pun habis penghulu itu bercakap, kedua – dua
pemburu itu sudah lari sekuat – kuat hati menuju ke dalam hutan untuk mencari
Sembilan biji buah yang sama.
“ Mesti cari buah yang elok – elok
untuk dipersembahkan kepada penghulu.” Kata hati mereka berdua.
Selang sejam kemudian , pemburu
pertama sampai di hadapan penghulu dengan membawa Sembilan biji anggur yang
manis dan lazat.
“ Aku belum habis cakap, kamu dah
lari. Sekarang aku mahu kamu masukkan
anggur itu ke dalam perut kamu melalui lubang dubur . Tak boleh ketawa ; kalau
ketawa, kami kenduri , lauknya kamu.”
Dengan susah payah pemburu pertama
itu memasukkan sebiji demi sebiji buah
anggur itu melalui lubang duburnya. Sedang
dia memasukkan anggur yang keenam, dia ketawa terbahak – bahak apabila
melihat pemburu kedua datang berlari – lari dengan membawa Sembilan biji durian .............
>>>>>>>>>>>>>>> CUBA BAYANGKAN <<<<<<<<<<<<<<<
No comments:
Post a Comment