>>>>>>>>>>>
>>>>>> FIKIR
– FIKIRKAN
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Tajuk
: Profesor dan Pendayung
Sampan
Suatu hari, seorang
professor yang sedang
membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan .
Pendayung
sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung
sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian
.
Dengan
begitu tekun professor itu membuat kajian . Diambilnya sedikit air laut dengan
tabung uji kemudian digoncang- goncang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku .
Berjam
– jam lamanya professor itu membuat kajian dengan tekun sekali . Pendayung
sampan itu mendongak ke langit . Berdasarkan pengalamannya , dia berkata di
dalam hati , “ Hermmm.....hari macam nak
hujan “.
“
Ok, semua sudah siap , mari kita balik ke darat .” kata professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula
memusingkan sampannya ke arah pantai.
Hanya
dalam perjalanan pulang itu barulah professor
itu menegur pendayung sampan itu . “ Kamu dah lama kerja mendayung sampan ?” Tanya
professor itu .
“
Hampir seumur hidup saya.” Jawab pendayung sampan itu dengan ringkas.
“
Seumur hidup kamu?” Tanya professor itu lagi .
“
Ya.”
“
Jadi kamu tidak tak tahu perkara – perkara lain selain dari mendayung sampan ?”
Tanya professor itu .
Pendayung
sampan itu hanya menggelengkan kepalanya .
Masih
tidak berpuas hati , professor itu bertanya lagi , “ Kamu tahu Geografi ?”
Pendayung sampan itu menggelengkan kepalanya.
“
Kalau macam ini , kamu dah kehilangan 25% usia kamu.” Kata professor itu, “
Kamu tahu Biologi ?”
Pendayung
sampan itu menggelengkan kepala.
“
Kasihan . Kamu dah kehilangan 50% usia kamu . Kamu tahu fizik ?” professor itu
masih lagi bertanya .
Seperti
tadi , pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.
“
Kalau begini , kasihan,,kamu sudah kehilangan 75% dari usia kamu . Malang
sungguh nasib kamu, semuanya tidak tahu . Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai
pendayung sampan .” kata professor itu dengan nada mengejek dan angkuh .
Pendayung
sampan itu hanya berdiam diri .
Selang
beberapa minit kemudian , tiba – tiba hujan turun . Tiba – tiba saja datang
ombak besar . Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik . Profesor dan
pendayung sampan itu terpelanting dan jatuh ke laut . Sempat pula pendayung
sampan itu bertanya , “ kamu tahu berenang ?” Professor itu menggelengkan
kepala .
“
Kalau macam ini , kamu dah kehilangan 100% nyawa kamu .” kata pendayung sampan
itu sambil berenang menuju ke pantai ...................
>>>> Pengajarannya : Dalam hidup ini, IQ yang tinggi belum tentu
boleh menjamin kehidupan . Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika
tak tahu perkara – perkara yang lebih penting dalam hidup ini....... Jadi , tanyalah pada diri sendiri , untuk
apakah ilmu yang dikumpulkan jika bukan untuk digunakan dan boleh digunakan ?<<<<<<<<<<
Read more...