INDAHNYA MATEMATIK .........

Thursday, 8 November 2012

TEKA AKU


KAD UTAMA
A
B
C
D
E
F
G
H
I
J
K
L
M
N
O
P
Q
R
S
T
U
V
W
X
Y
-11
-10
-9
-8
-7
-6
-5
-4
-3
-2
-1
0
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
Sebelum  balik ke kampung, emak Salmah telah meninggalkan pesanan  kepadanya  untuk disampaikan kepada tiga orang adiknya. Dapatkan kamu  menolong Salmah meneka pesanan tersebut ?
9 KAD PESANAN EMAK
KAD 1
Nasha , tolong bersihkan  -15+23   -6+3  -6 +8  - 9+4   -12 +11   -8-3   6 -2
KAD 2
Fauzi, pastikan  -10 +9   10-1   1-10   -7 +4   -15+7   11-16  di beri makan
KAD 3
Azri , tolong belikan  -5 +6  -6+3  8- 6   7+6   -25+14   8-9   di kedai Manjit Singh
KAD 4
Tolong, siram pokok  bunga  -11+10    -7- 4   2-3    -10+18  -3+4+8     10+(-3)
KAD 5
Nasha, jangan lupa  -8 +9  -10 +3  1 + (-3)   4 + (-9)   10 +(-21)  4 +(-6)  -3 -2   -10+9   -5-4-2             4 +(-6) +10  ,  20+(-30)  25 +(-36)   -1-1  4+3-(-2)   di ampaian
KAD 6
Pastikan keadaan rumah  -14 +5+ (-1)  -8 +14  6 + (-3)+3   15 +(-8)   -5 +2  -2-2   sebelum keluar bermain
KAD 7
Nasha, pastikan  Fauzi pergi  ke -7 +6  -15 +14  -5-5  -21+4+6  -5+(-2) +14,  5+3    -3+6+6                   -1-2  8+(-2)+1       -4+10+8   -3-5  -5+7 tepat pada waktunya
KAD 8
Nasha jangan lupa 7-6   -17+10  10-8  -23+5+16  -18-(-11)    5-13+9     -26+23+7    5-(-4)    27-19   Fauzi dari tuisyen
KAD 9
Jangan lupa,  15-14  -3-(+4)  -10+12  -8+3   18-4+(-5)  -2+2  -9-2  6-4   -13+8  -19+18   -4-(+7)            -8+6  -13+10 ,    16-12   -5-2   2+12-10   -17+6  -5+3    -27+20-4  26-20   -5-6    6-(+4)  dan membuat   -7+6  -19+12   14+(-8)   -13+11  -21+10  ,   4-(-3)   -3-4    -17+16    8+5-10   
  -11+11 -22+11   -15+11

Read more...

PERMAINAN NOMBOR

http://www.tutor.com.my/tutor/special/games/matematikajaib/tekamatematik.swf
Read more...

Sunday, 4 November 2012

GAMBAR PELIK...

[teka.jpg]

Kalau  anda  bijak, cuba teka ada berapakah bilangan  imej / objek yang terdapat pada gambar di  atas ?


Read more...

KEK HARI JADI


Dalam satu majlis kenduri kesyukuran, Persatuan Sains & Matematik  telah dihadiri oleh kesemua lapan orang pelajarnya. Tiba-tiba dengan lagak serius guru penasihatnya bersuara bahawa dia akan menawarkan satu hadiah lumayan seandainya ada pelajar yang dapat menjawab soalannya . 

Soalannya ialah , bagaimana hendak membahagikan kek seperti gambar di  atas kepada lapan bahagian yang sama banyak , untuk diagihkan kepada lapan orang pelajar dengan hanya melakukan tiga keratan/ potongan  sahaja .

JJ...Selamat mencubaJJJJJ

Read more...

Friday, 2 November 2012

Thursday, 25 October 2012

PROFESOR DAN PENDAYUNG SAMPAN


>>>>>>>>>>> >>>>>>  FIKIR – FIKIRKAN   <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Tajuk : Profesor  dan  Pendayung  Sampan

            Suatu  hari, seorang  professor  yang  sedang  membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah  sampan .
            Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian .
            Dengan begitu tekun professor itu membuat kajian . Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoncang- goncang; selepas itu dia menulis sesuatu di  dalam buku .
            Berjam – jam lamanya professor itu membuat kajian dengan tekun sekali . Pendayung sampan itu mendongak ke langit . Berdasarkan pengalamannya , dia berkata di dalam hati , “ Hermmm.....hari  macam nak hujan “.
            “ Ok, semua sudah siap , mari kita balik ke darat .” kata professor  itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai.
            Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah professor  itu menegur pendayung sampan itu . “ Kamu  dah lama kerja mendayung sampan ?” Tanya professor itu .
            “ Hampir seumur hidup saya.” Jawab pendayung sampan  itu dengan ringkas.
            “ Seumur hidup kamu?” Tanya professor itu lagi .
            “ Ya.”
            “ Jadi kamu tidak tak tahu perkara – perkara lain selain dari mendayung sampan ?” Tanya professor itu .
            Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya .
            Masih tidak berpuas hati , professor itu bertanya lagi , “ Kamu tahu Geografi ?” Pendayung sampan itu menggelengkan kepalanya.
            “ Kalau macam ini , kamu dah kehilangan 25% usia kamu.” Kata professor itu, “ Kamu tahu Biologi ?”
            Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
            “ Kasihan . Kamu dah kehilangan 50% usia kamu . Kamu tahu fizik ?” professor itu masih lagi bertanya .
            Seperti tadi , pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.
            “ Kalau begini , kasihan,,kamu sudah kehilangan 75% dari usia kamu . Malang sungguh nasib kamu, semuanya tidak tahu . Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan .” kata professor itu dengan nada mengejek dan angkuh .
            Pendayung sampan itu hanya berdiam diri .
            Selang beberapa minit kemudian , tiba – tiba hujan turun . Tiba – tiba saja datang ombak besar . Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik . Profesor dan pendayung sampan itu terpelanting dan jatuh ke laut . Sempat pula pendayung sampan itu bertanya , “ kamu tahu berenang ?” Professor itu menggelengkan kepala .
            “ Kalau macam ini , kamu dah kehilangan 100% nyawa kamu .” kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai ...................


>>>>    Pengajarannya :   Dalam hidup ini, IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan . Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara – perkara yang lebih penting dalam hidup ini.......  Jadi , tanyalah pada diri sendiri , untuk apakah ilmu yang dikumpulkan jika bukan untuk digunakan dan boleh digunakan ?<<<<<<<<<< 

Read more...

REHATKAN MINDA ANDA


@@@ KALAU  KETAWA , KAMI kenduri  @@@
           
                Dua orang pemburu telah tersesat di  dalam  hutan. Mereka meredah hutan dan belukar itu tetapi yang peliknya mereka sampai di tempat yang sama .
            Pemburu pertama sudah seperti  putus harapan . Pemburu kedua segera memberikan semangat, “ jangan cepat berputus asa . Kita berehat sekejap kemudian cari semula jalan keluar .”
            Sesudah  berehat seketika dan menghabiskan makanan mereka yang terakhir , mereka pun bangun dan memulakan perjalanan semula . Kali ini mereka tersesat lebih jauh lagi.
            “ Pelik betul hutan ini.” Kata pemburu kedua dengan marah – marah . Pemburu pertama menenangkan, “ Sabarlah. Kita akan menemui juga jalan keluar.” Mereka tidak putus asa dan meneruskan perjalanan mencari jalan keluar . Tetapi semakin mereka berjalan , semakin jauh mereka tersesat .
            Akhirnya, hari semakin larut petang . Mereka semakin kepenatan dan akhirnya tertidur di  bawah pokok meranti . Agak lama mereka tertidur . Hari sudah senja , mereka terjaga kerana terdengar bunyi bising orang bercakap. “ Kita selamat.” Kata pemburu pertama.
            Tapi , muncullah di  depan mereka manusia – manusia tegap tidak berbaju, lengkap dengan bersenjatakan panah. Wajah mereka Nampak ganas. Nak kata orang asli, bukan orang asli. Satu bangsa jenis pemakan manusia.
            Kedua – dua pemburu diikat dan diseret ke perkampungan mereka di  dalam hutan yang tebal itu. Selepas itu mereka dikurung .
            Keesokan pagi, mereka berdua dibawa ke hadapan penghulu. Yang peliknya, penghulu itu boleh bertutur dalam bahasa melayu. “ Kenapa kamu menceroboh kawasan aku ?” dia bertanya dengan bengis.
            “ Kami tersesat .” jawab pemburu pertama
            “ Sesat ? Bohong ! Tak ada orang tersesat begini jauh . Kamu pengintip?” penghulu itu berkata dengan suara yang kasar.
            “ Betul. Kami tersesat.”
            “ Hukuman untuk  pengintip ialah mati. Kami akan makan kamu. “ kata penghulu sambil terliur sedikit.
            Dengan serta – merta wajah kedua – dua pemburu itu pucat lesi. Badan  mereka menggigil.
            “ Tolonglah...... kami tak bersalah. Kami tersesat .” rayu pemburu pertama.
            Penghulu itu diam seketika, merenung pemburu – pemburu itu atas bawah.
            “ Buka ikatan mereka .” perintah penghulu itu . Ikatan mereka pun dibuka. “ aku boleh lepaskan kamu tapi dengan syarat . Kalau kamu tak dapat memenuhi syarat ini, kami akan mengadakan kenduri, lauknya ialah kamu . Syaratnya mudah , kamu mestilah mencari Sembilan biji buah yang sama .......
            Belum  pun habis penghulu itu bercakap, kedua – dua pemburu itu sudah lari sekuat – kuat hati menuju ke dalam hutan untuk mencari Sembilan biji buah yang sama.
            “ Mesti cari buah yang elok – elok untuk dipersembahkan kepada penghulu.” Kata hati mereka berdua.
            Selang sejam kemudian , pemburu pertama sampai di hadapan penghulu dengan membawa Sembilan biji anggur yang manis dan lazat.
            “ Aku belum habis cakap, kamu dah lari. Sekarang  aku mahu kamu masukkan anggur itu ke dalam perut kamu melalui lubang dubur . Tak boleh ketawa ; kalau ketawa, kami kenduri , lauknya kamu.”
            Dengan susah payah pemburu pertama itu memasukkan sebiji  demi sebiji buah anggur itu melalui lubang duburnya. Sedang  dia memasukkan anggur yang keenam, dia ketawa terbahak – bahak apabila melihat pemburu kedua datang berlari – lari dengan membawa Sembilan biji durian  .............


>>>>>>>>>>>>>>>    CUBA  BAYANGKAN   <<<<<<<<<<<<<<<  




Read more...

Monday, 22 October 2012

MATEMATIK



Pernah Anda Dengar Tentang Tangram ?

Apa itu tangram ? Mungkin ada yang belum pernah mendengarnya. Tangram ialah sejenis permainan cantuman zaman dahulukala yang berasal dari negara China. Ia merupakan kepingan-kepingan yang dipotong pelbagai bentuk yang asalnya adalah sebuah segiempat sama. Kepingan-kepingan ini berjumlah sebanyak tujuh keping yang mana setiap keping dipanggil 'tan'.
Tangram dalam bidang matematik adalah tidak asing lagi kerana ia merupakan bahan bantu mengajar yang boleh diaplikasikan dalam tajuk-tajuk Geometri seperti Luas dan Perimeter . Bentuk-bentuk 2D dan seumpamanya. Setiap tan dicantum dan disusun untuk membentuk pelbagai imej seperti orang, haiwan, huruf-huruf serta objek-objek lain seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas. Anda boleh mencabar rakan-rakan anda menyusun ketujuh-tujuh tan untuk membentuk imej-imej yang dikehendaki tanpa menunjukkan lakaran cantuman tan pada imej-imej tersebut seperti rajah-rajah dibawah. Marilah cuba imej-imej di bawah sekarang atau layari di http://tangrams.ca/puzzles/puzzles.htm untuk mencuba imej-imej yang lain.
  
..... MENARIK BUKAN ?!!...SELAMAT MENCUBA DAN JAYA ......
~~~~ JUMPA LAGI ~~~~~~


Read more...